
\
Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem pengembaraan sains fiksyen,"The Hunger Games : Mockingjay - Part 2". Sebelum menonton filem ini , haruslah menonton 3 filem sebelumnya iaitu The Hunger Games (2012), The Hunger Games : Catching Fire (2013) dan The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 (2014) supaya tak krik-krik-krik semasa menonton . Ini adalah penghabisan untuk kemarahan Katniss terhadap Presiden Snow. Best ke tak? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::
Info Filem
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 November 2015
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 17 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Sam Claflin
Pengarah: Francis Lawrence
Format: 2D
(sumber : cinema.com.my)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 November 2015
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 17 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Sam Claflin
Pengarah: Francis Lawrence
Format: 2D
(sumber : cinema.com.my)
Sinopsis
Filem terakhir bahagian dua ini mengisahkan Katniss Everdeen berdepan dengan Presiden Snow dalam pertarungan terakhir. Dia bersama sekumpulan teman rapatnya termasuk Gale, Finnick dan Peeta bertarung dengan musuh. Katniss tersasar daripada misi utama dan menggunakan unit dari District 13, sekaligus membahayakan nyawa mereka, untuk membuat sebuah cubaan untuk membunuh Presiden Snow yang menjadi semakin obses untuk memusnahkannya.. (sumber : cinema.com.my)
Review**
Sebelum tengok filem ni, dah tahu endingnya cuma nak tau bagaimana ia divisualkan. Memang teruja habis nak tengok filem last The Hunger Games ni. Suka dengan watak Katniss, muka bajet-bajet tapi dia bagus budaknya haha. Jalan cerita kali ni lebih awesome, Katniss & the geng nak seram Capitol. Dialog paling best bila Phoenix sebut "Ladies & Gentlemen welcome to 76th Hunger Games". Aksi dalam filem ni menarik. Setiap kawasan di Capitol ada perangkap tersendiri. Lagi best masa lalu bawah tanah tu, tutup telinga bila Mutan keluar. Serius takut haha. Ada juga part yang korang tak jangka akan berlaku. Fuhh~ Paling suka part akhir tu Kateniss nak bunuh President Snow, korang harus tengok okay. Overall, Kateniss cantik, perangkap yang awesome dan ada babak yang mendebarkan. :)
Rate
Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang. walaupon jalan ceria dia sama ja


No comments:
Post a Comment