Saturday, 26 December 2015

THE INTERN




Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem komedi, "The Intern"Guess what siapa dalam filem ni? Yess! Anne Hathway. ! Memandangkan ini filem komedi dan disyorkan oleh si dia untuk menonton, saya pun join tengok sama haha. Jom baca review selanjutnya :)




Pengarah: Nancy Meyers
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 September 2015
Genre: Komedi
Durasi: 2 Jam 1 Minit
Pelakon: Robert De Niro, Anne Hathaway, Rene Russo, Adam DeVine, Reid Scott


Sinopsis
Filem "The Intern" mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ben Whittaker yang merupakan seorang ahli perniagaan yang telah bersara. Dia yang x boleh duduk diam sahaja telah mengambil keputusan untuk kembali bekerja dan telah menjadi pelatih di sebuah syarikat fesyen dalam talian yang diusahakan oleh seorang wanita muda bernama Jules Ostin. 

Review**
Filem ni bukan dalam list nak tengok, dan saya bersetuju nak tengok sebab ada Anne Hathway dalam filem ni kalu dak memang x tengok la. Saya rasa saya akan bosan tengok filem ni tapi saya silap. Cerita dia best! Jalan ceritanya yang menarik perhatian saya supaya tengok sampai habis. Bayangkan pak cik mak cik umur 70 tahun , sedang praktikal dekat tempat kerja korang. Suka sangat idea tu. Filem ni memang rileks, tak terlalu rumit dan paling penting, lawak tu yang penting! hahaha. Saya suka suasana sibuk dalam office diorang, rasa macam nak kerja sana jugak. Watak pak cik tu (Robert De Niro) dan Anne Hathway memang best dan serasi gitu. Overall, It's fun & I love it!

Rate
Dengan ini saya member
 / 5 bintang. im simple man i see women i say 5/5








No comments:

Post a Comment